Friday, March 5, 2010

Aktiviti di Asuhan Bondamama Desa Bestari

Antara modul di Asuhan Bondamama adalah Asas Fardu Ain. Antara aktiviti yang dilakukan adalah amali solat. Dalam slot ini, anak-anak diajar cara-cara solat, bacaan dalam solat (secara berperingkat mengikut modul), cara-cara wuduk, serta doa-doa pendek. Juga diserapkan adab-adab sopan yang perlu diamalkan dalam aktiviti seharian anak-anak.


No comments:

Post a Comment